Pengiklanan digital ataupun juga dikenali sebagai digital marketing mula dikenali ramai sekarang. Lebih-lebih lagi ramai yang mula berniaga sejak dari pandemik Covid-19. 

Untuk makluman anda terma pengiklanan digital ini sudah mula digunakan sejak tahun 1990 lagi. Pada tahun ini, wujudnya Web 1.0 yang merujuk kepada kemampuan pengguna untuk mencari maklumat yang mereka cari namun tidak boleh berkongsi (share) kepada orang lain seperti sekarang.   

Iklan banner pertama yang wujud di internet adalah pada tahun 1993 dan ini adalah titik tolak pemasaran digital pertama di dunia!

  1. Facebook Ads Adalah Satu-satunya Platform Iklan

Ada yang beranggapan bahawa Facebook Ads adalah satu-satunya platform iklan
yang boleh digunakan. Sebenarnya banyak lagi platform pengiklanan digital yang
wujud dan popular di luar sana.

Antaranya ialah Google Ads, Bing Ads dan Youtube Ads (di bawah Google Ads).
Cuma di Malaysia ianya tidak sepopular Facebook Ads. Bila anda mempelbagaikan
lagi penggunaan platform pengiklanan digital, anda berpeluang juga untuk
menambahkan pendapatan anda.

Pemilihan platform iklan ini bergantung kepada medium mana yang sesuai dengan
jenis perniagaan anda.

Dan seperkara lagi di mana anda nak closing bakal pelanggan anda. Kalau anda nak
closing di whatsapp, lebih bagus anda fokus kepada Facebook Ads. Kalau nak
closing di website, lebih bagus anda fokus kepada Facebook Ads dan Google Ads.

  1. Sangat Mudah Buat Duit Bila Guna Pemasaran Digital

Ramai yang beranggapan mudah untuk buat duit bila mula menggunakan
pemasaran digital. Ada yang fikir kalau belanjakan RM100 untuk iklan sehari akan

dapat RM1000 sales. Sebenarnya tidaklah seindah itu bila anda menjalankan iklan
untuk produk anda.

Adakalanya iklan yang anda buat akan perform. Adakalanya iklan yang anda buat
akan kelaut. Dan satu perkara lagi, ROI bagi setiap iklan tidaklah sama. Tak ada satu
setting iklan pun yang menjamin anda belanjakan RM50, kemudian anda akan dapat
RM500 sales.

Pentingnya sebelum mula menggunakan iklan, anda betulkan dulu mindset anda
supaya tidak kecewa dan terkejut bila iklan anda tidak memberikan hasil seperti
diharapkan.

  1. Strategi Sesuai Untuk Semua

Strategi pemasaran digital bagi setiap jenis perniagaan tidaklah sama. Menjual
pakaian tidak sama strateginya dengan menjual makanan. Anda perlu menyesuaikan
strategi dengan jenis perniagaan yang anda jalankan.

Seperti contoh, anda menjual pakaian, anda memerlukan model untuk meragakan
pakaian tersebut dan juga cara memakainya. Sebaliknya kalau anda menjual
makanan, food presentation perlu diutamakan.

  1. Wajib Ada Website

Sebenarnya tak wajib pun anda ada website untuk jalankan kempen pemasaran
digital. Cukup anda ada FB page atau IG shop sahaja. Yang paling penting sekali
adalah, content yang anda masukkan.

Content disini merujuk kepada gambar-gambar produk, testimoni dan video
mengenai produk. Anda boleh post di FB page dan IG shop anda secara konsisten
setiap hari untuk memastikan perniagaan anda kelihatan “hidup” dan boleh
dipercayai.
Kemudian anda jalankan kempen pemasaran digital untuk menarik lebih ramai bakal
pelanggan kepada perniagaan anda. Jangan lupa masukkan nombor telefon dan link
whatsapp untuk memudahkan bakal pelanggan anda menghubungi anda nanti.

  1. Hanya Pakar Je Yang Boleh Buat

Walaupun anda bukanlah pakar dalam pemasaran digital, namun ianya bukanlah
satu halangan bagi anda untuk menjalakan kempen pemasaran. Tak perlu tunggu
jadi sifu baru nak jalankan kempen pemasaran digital anda.

Cukuplah anda belajar perkara asas dan faham menggunakan medium pemasaran
yang anda pilih seperti FB Ads ataupun Google Ads. Sekarang banyak panduan-
panduan secara bertulis ataupun dalam bentuk video yang dijual di pasaran. Dari
kelas basic hinggalah kepada kelas advance. Paling penting sekali sediakan duit
bagi melabur untuk ilmu.

Comments to: 5 Mitos Mengenai Pengiklanan Digital

Your email address will not be published. Required fields are marked *