1. Uncategorized

PENTING KE MATANGKAN PIXEL SEBELUM BUAT IKLAN CONVERSION PURCHASE ?

Bila borak isu ecommerce dan facebook ads,memang dah selalu sangat orang tanya. Nak kene run TRAFFIC or CONVERSION CHECKOUT dulu ke?

Jawapan dia : YES & NO

Saya akan bagi pandangan dari pengalaman since saya run both digital product & juga physical product


A) YES anda wajib matangkan pixel & main conversion funnel kalau produk yang anda jual

  • kategori premium
  • segmented niche
  • customer avatar bukan dari kalangan majoriti
  • produk baru
  • salespage baru
    Contoh mudah

Anda baru keluarkan 1 produk digital – VIDEO PANDUAN PHOTOSHOP berharga RM150

Harga ini boleh dikatakan kategori premium & customer avatar dia pula sangat minoriti

Bermaksud anda tak boleh tembak rata customer audience dia sebab majoriti netizen tak berminat dengan course photoshop

Jadi apa yang anda boleh buat kalau nak jual produk ni ? Ada beberapa cara,ada beberapa funnel boleh buat

Saya bagi 1 funnel ringkas

1- Buat 1 artikel di dalam website anda
2- Tajuk artikel itu maybe boleh buat

“ANDA MINAT GRAPHIC ? INI CARA MUDAH BUAT SIDE INCOME WALAUPUN ANDA STUDENT U !”

3- Dalam artikel,tuliskan bagaimana dengan kuasai photoshop,student tersebut boleh buat duit mudah dengan menawarkan servis design poster,logo dan sebagainya


4- Run iklan TRAFFIC dan tembak iklan ke content artikel anda tadi

5- Jangan lupa pasang PIXEL !

6- Bila ads dah jalan, orang2 yang ada minat dengan graphic akan masuk ke website anda

7- Sekarang pixel anda makin matang dengan kehadiran data data yang baca artikel anda !

8- GAME ON ! Bila kolam dah matang barulah anda boleh buat custom audience,lookalike dan sebagainya
9- Barulah boleh buat CONVERSION PURCHASE !

10- Tunggu dulu,tak semudah itu. Kalau “brand anda” kurang trusted atau orang susah nak percaya dengan offer anda, anda mungkin tak jumpa jackpot lagi

11- Jadi ape nak buat? KENE MAIN TRIPWIRE lah .kalau produk anda mahai

12- Apa tu tripwire ? Nahh ini next posting lah pulak ?

13- Kalau semua ok,dekat step #9 tadi anda sepatutnya dah boleh ada sales yang cantik

Ok kite move ke next jawapan. Iaitu :

B ) NO ! Anda tak perlukan complex funnel jika anda menjual produk yang memenuhi kriteria di bawah :

  • harga mampu milik
  • produk dah matang dalam market
  • salespage padu dengan lengkap semua ciri2 #rukunsalespage
  • dah banyak testimoni
  • market besar
  • tidak terlalu “niche”
  • pendek kata,mass market produk target orang kebanyakan dan harga orang boleh beli
  • dah proven boleh jual guna fb ads

Cerita mudah
Anda jadi agen ecommerce produk kurus kepada HQ

70% orang malaysia ni sihat sihat ?

dan anda tahu, hq & rakan niaga lain semua dah berjaya dapat sales melalui ecommerce

Jadi walaupun pixel anda kosong
Masih baru.
bagi saya – terus run PURCHASE. tak ada masalah

Cumanya, iklan yang berkesan ialah BANYAKKAN SOFTSELLING,KURANGKAN HARDSELLING.

Ini kalau anda nak fokus purchase tanpa fikirkan branding,funnel dan sebagainya. Pure target sales punya. Then always go for DIRECT PURCHASE terus

Comments to: PENTING KE MATANGKAN PIXEL SEBELUM BUAT IKLAN CONVERSION PURCHASE ?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Attach images - Only PNG, JPG, JPEG and GIF are supported.